CINTAKU KEPADA AL-QURAN
saya suka sangat menulis, tercari cari input yang bermanafaat ...entah kenapa semenjak kebelakangan ini, berlegar legar didalam benak fikiran saya ...mahu sangat kongsi kebaikan melalui muka buku ini, agar yang membaca memperolehi kebaikan.
cerita dari hati saya sendiri, menginjak umur menghampiri 40 tahun , saya melalui pelbagai ujian getir dalam hidup, dari segi tekanan emosi, selepas satu fasa ke satu fasa, dulu sy suka meletakkan kesalahan pada orang lain, hati selalu berkata kata orang tak suka, benci saya, kenapa saya yang diuji ??.
sangat sangat saya jahil dalam hal agama, walau dilahirkan dalam background keluarga menitik beratkan soal agama dalam hidup seharian, saya jauh hanyut tersasar, namun saya sgt bersyukur punya latar hidup sebegitu, hati saya sangat cintakan Al-Quran walau solat saya sangat tunggang langgan...kerana nenek, atuk, ibu dan saudara mara sering menghidupakan bacaan Al-Quran.
sejak dari kecil saya mmg susah sgt belajar nak faham ayat ayat Al-Quran, terutama huruf س nenek saya cukup cukup marah...namun berkat kesabaran beliau dan atuk mendidik saya...khatam jugalah saya Al-Quran, namun sekadar paksaan ...saya langsung tak faham maksud ayat Al-Quran, bagi pandangan saya seolah membaca Al-Quran itu sekadar buadaya atau keterpaksaan.
ditambah pula saya bersekolah agama, lagilah tertekan...saya langsung tak boleh faham bahasa arab, mmg sy agak lembab dalam pelajaran, bukan cerdik asal katakan.
sampailah saya menginjak tingkatan empat mmg kena ambil peperiksaan sijil tinggi ugama ...seingat saya kena hafal 3 @ 5 surah Al-Quran, masa dalam kelas ustaz uji bacaan Al-Quran seorang demi sorang ...saya mmg tak boleh baca dengan lancar surah tersebut...satu kelas ketawakan saya, malu tak tahu nak cakap, sbb sy belajar disekolah yang agak elit bagi saya, kawan kawan mmg fasih Al-Quran, balik dari sekolah hari tu sy nekad belajar Al-Quran, selain dengan nenek saya juga belajar dengan ibu, hari hari sy usung surah yang saya perlu saya perlu hafal kemana mana.
Bila sampai masa peperiksaan lisan saya masuk bilik ujian, alhamdullilah saya mampu baca hafazan saya dengan lancar...kawan kawan semua terkejut, sejak tu saya faham kebesaran ayat suci Al-Quran.
Namun akhlak saya masih sama suka bersosial, suka mencari kebebasan, untuk melepaskan tekanan emosi, sehinggalah saya menginjak kaki ke kolej, walau hidup caca marba, sy masih baca Al-Quran walau solat tunggang langgang..saya bangga sempat 2 kali khatam sendiri.
saya tercari cari dekat mana saya nak belajar Al-Quran, sehingga saya tahu Jabatan Agama Islam Segamat Johor adakan kelas Al-Quran secara percuma, saya nekad pergi, masuk aje dalam bilik tu penuh dengan para Qari & Qariah ..agak kelakar saya ni tak tahu apa apa..manakan layak dengan mereka.
namun niat saya Allah bantu..ustazah yang mengajar Al-Quran offer saya mengajar 1 kali seminggu dalam surau Pejabat Agama tersebut. sampailah ustazah dah tak mahu mengajar saya, tak tahu kenapa ...mungkin susah nak lentur lidah saya kut !! . bersangka yang baik baik sajalah. terima kasih ustazah.
Lama saya tidak mendampingi Al-Quran secara rutin, hampir 10 tahun, sekadar sekadar saja sy lakukan, sebab saya berniaga, selalunya saya suka pasang ayat ayat ruqyah dalam kedai, tujuan saya nak hindar dari perbuatan khianat manusia, hampir 10 tahun saya mengamalkan begitu, klu tak pasang hati sy tak keruan. seperti satu rutin hidup.
"sepekara saja dalam hidup saya , hati saya tidak pernah berputus harap, setiap hari sy berdoa Allah bukakan pintu hati saya"
Saya teringin sgt nak beli Al-Quran yang lengkap tajwid , tapi harga nya RM3++, tak de rezeki masa tu, sehinggalah setahun kemudian Allah bagi rezeki saya dapat beli...yang ajaibnya Al-Quran itu seolah datang sendiri pada saya, daya hukum tarikan tu sangat kuat, seller Al-Quran sendiri datang ke kedai saya.
Bermula dari situ sy kembali bacaan Al-Quran sebagai rutin semula, banyak perubahan hidup saya rasakan, emosi lebih stabil. sehingga saya diuji dengan sebesar besar ujian, saya endah tak endah semula baca Al-Quran, salah satu sebabnya saya rasakan saya tak faham apa yang saya baca.
diambang umur mengijak 40an, mmg kita akan diuji bukan ?, saya harap bila umur 40 tahun nnti saya tidak lagi hanyut dan berpegang teguh dengan Al-Quran.
saya tercari cari penyelesaian..sy baca terjemahan dalam Al-Quran pun sy tak dapat faham maksudnya. namun saya masih suka pasang ayat Al-Quran dalam kedai setiap kali mulakan perniagan awal pagi. sampai sy baca terjemahan yang saya faham di youtube, saya faham satu satu, Allahu saya tersentak besarnya keagungan tuhan.
dia uji saya selama ini untuk saya melaiuinya dengan sabar, kini baru saya faham bahawasanya apa yang dia berikan pada saya ini untuk saya padang kepada hikmah yang terjadi.
"Bahawa matlamat hidup untuk menjadi golongan kanan أصحاب الیمین , kerana janji Allah tu benar, sayangnya Allah apa umatnya, dia tak pernah tinggalkan mereka, sentiasa saya diuji, untuk menyedarkan saya dari lena yang menghanyutkan".

Comments
Post a Comment