KITA TIDAK SEMPURNA.
Assalamualaikum w.b.t dunia
Waktu memasak didapur pagi ni...terlintas difikiran bahawa Kita sukar untuk jadi sempurna, tetapi Kita boleh memilih untuk menyempurnakan.
Sambil menumbuk bahan bahan utk sumbat dlm ikan jacket...alangkah enak jika digoreng, Suami sangat suka ikan jacket sumbat digoreng garing garing. "Yang enak belum tentu sedap bukan?, Sy bakar dalam air fryer saja, bila test sikit mmg sedap & fresh, pilihan lebih sihat
Begitulah hidup Kita hendaknya, tak mampu menjadi sempurna...tetapi cubalah sedaya upaya.
Namun Saya sendiri selalu melakukan kesilapan, suka bertindak tanpa berfikir, asal sy dapat bercakap main lepas sahaja, ramai orang sekeliling Saya terasa dengan sikap Saya, dengan suara yg kasar Tak ada intonasi, yang saya pasti kawan kawan dari kecil hingga dewasa ramai yang menjauh... Sekarang pun ada je yang unfriend...ada yg membenci..berdendam kerana hal ini.
Sedangkan bagi saya itu hal biasa, sy Tak berniat pun nak sakiti sesiapa, sekadar berkata kata tanpa niat menyakiti. Namun harus dingat tidak semua orang perlu suka kita, terima kita seadaanya ...itulah keunikan yang dikurniakan Allah. Tetapi sebenarnya ia menjadi punca sy mudah depress.. anxiety, mmg sangat mempengaruhi hidup saya bertahun tahun lamanya, sangat menyakitkan !!
Bertahun tahun sy meminta pada Allah apa sebabnya ...apa puncanya...mujurlah sy dihadirkan Suami yg sangat sangat membimbing Saya, dari saat itu saya nampak dimana puncanya.
Saya cuba perbaiki langkah demi langkah ...namun ia bukan mudah, bertahun tahun sy bertambah depress, hinggalah sy ambil keputusan utk hidup dlm circle yg positif.
"Jangan mengharapkan yang sempurna, mereka mereka yang menjauh, membemci, memberi persepsi negatif itu kerana mereka mengharapkan yang sempurna, Kita tentu tidak mampu hendak mengikut kehendak mereka, lebih baik menjauh, doakan agar mereka tidak jadi seperti Kita. Mohon Allah lindungi Kita, tutup aib Kita dari pandangan manusia.
Langkah yang paling mudah bila Saya baca posting rakan di facebook...Saya Tak komen yang buruk2, walau mmg posting mereka sangat teruk, dan ramai yang hentam. Ada jugak Kawan posting yang baik, namun ramai toxic people komen yang bukan bukan.
Saya juga ambil langkah selalu beri ucapan tahniah, wish besday kawan2, walaupun mmg agak kekok
, tapi itu sangat membantu mengurankan depress Saya.
Tu antara contoh yang Saya buat, begitu jugak dalam rutin harian Saya, mmg Saya agak kasar, suara lantang, namun bila Kita mahukan kebaikan Allah pasti berikan, cuma jangan berputus asa, Alhamdulillah dapat staff yg baik2..walau Bo's dia ni agak pening 


Jika Saya silap dengan staff Saya yg mohon maaf dahulu, selalu ucap terima kasih pada mereka walau sekecil perkara. Anggap mereka seperti sauadara sendiri, kerana merekalah yang selalu ada disaat jatuh dan bangun Kita.
"Saya selalu berpesan pada diri, jangan mengharap yang sempurna dari mereka, kerana Kita tidak sempurna, tapi Kita harus mencuba".
"Dan percayalah jika mahu circle yang positif, ia akan berlaku sesuai dengan kehendak Kita, so Tak Ada salah rasanya...jika rasa Tak serasi boleh unfriend, boleh menjauh diri, dari circle yang negatif".
Jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah.
Allah senantiasa ada utk Kita 




Comments
Post a Comment