UJIAN, HIKMAH, REZEKI !!
Assalamualaikum w.b.t ....Selamat pagi dunia !!
Hari ni PKPB seluruh kelantan, kami stuck dlm daerah kami Tanah Merah, jika bukan atas urusan kerja tidak boleh keluar daerah. Dari 21 Nov hingga 6 Dec 2020.
Alhamdullilah !! ... Sesuatu terjadi pasti ada hikmahnya, masih berpeluang berniaga seperti biasa. banyak hikmah yang boleh nampak sepanjang pandemic covic19 berlaku. Secara global semua terkesan dengan pandemic covic19 ini, baik peniaga besar @ kecil sekalipun.
Doa kepada rakan seperjuangan ....teruslah gagah mengharungi ujian yang getir ini, perlu percaya bahawa sesuatu yang Allah jadikan itu bukan sia-sia.
Walaupun RM1 yang kita dapat, asalkan berkat .... nilainya seperti sejuta ringgit. Rezeki takkan pernah berhenti mengalir seperti air hujan yang membasahi bumi, titisan hujan tidak mengena tepat pada kita, kerana perisai yang tebina. Runtuhkan ia !!, mungkin cara ini boleh membantu meredakan emosi & tekanan ...mejadi penawar yang mampu merawat diri 


1. Setkan minda anda ...sentiasa dalam keadaan positif, hati hati dengan pemikiran sendiri, apa yang anda fikir itu yang berlaku, kerana fikiran anda mampu mengubah segalanya, POSITIF !! POSITIF !!.
ANDA AKAN KAGUM DENGAN HASILNYA
2. Hati hati dengan Depression / tekanan yang kita mmg tak sedar, terutama ia tak menunjukkan kesan dari segi emosi, sbb kita dalam emsoi penafian, aku ok ! aku kuat. Tetapi ia memberi kesan pada sikap, cara pertuturan & tingkah laku yang berubah.
Kadang kadang perlu kita cari seseorang yang paling dekat untuk berbincang, mengambil pandangan dan pendapat, keluar dari zon selesa kita.
RESULTNYA SANGAT BESAR KEPADA MENTAL & FIZIKAL KITA.
3. Hindarkan diri dari keadaan terkejar kejar, bila bangun pagi kita selalu kalut, sbb pagi waktu yang sgt padat & singkat. Hati hati....emosi waktu pagi menentukan kelancaran perjalanan seharian kita, manfaatkan waktu ini sebaik mungkin...lebih elok bangun awal sebelum subuh..kerana ia dipangil waktu alfa, sgt baik untuk mentime dengan Allah (beribadat) @ membaca @ bertafakur.
Selesai solat subuh, baca Al-Quran walau 1 muka, @ paling tidak zikir2 pendek, sedekah pada orang2 yang kita sayang. untuk hindarkan kita dari tidur selepas subuh.
Seterusnya selesaikan tugas-tugas hakiki yang lain, mengemas, membasuh, memasak, @ apa sahaja. ambil sedikit waktu untuk mentime dengan diri sendiri...nikmati secawan lemon tea + madu, @ secawan nescafe tanpa gula.
Perkara paling utama sebelum melangkah mencari rezeki, seesaikan urusan dengan Allah terlebih dahulu, solat taubat & solat dhuha...sebelum nak mohon rezeki dari Allah ...solat taubat dahulu...agar kita rasa lembut hati...agar Allah ampunkan dosa2 kita yang terbawang semalam
. Solat dhuha pula tanda kita bersyukur kepada Allah diatas segala rezeki yang Allah telah berikan @ akan berikan.
LAKUKANLAH ...PERCAYALAH EMOSI, FIZIKAL, HIDUP ANDA MMG AKAN ADA PERUBAHAN 
4. Setkan matlamat kita ...untuk hari hari kedepan, tinggalkan sejarah hari yang lepas, " bukan seberapa besar masalah kita yang perlu difikirkan, tetapi seberapa besar tanggungjawab yang mendatang perlu diurusan" 
# Tak perlu jadi sempurna untuk orang lain, jadilah sempurna untuk diri sendiri.
#Sebarkan kebaikan walaupun bukan dengan kekayaan dunia.

Comments
Post a Comment